Wednesday, June 25, 2014

Oh Emosi..


Setiap kali kita dirundung duka, mahupun kesedihan yang amat sangat, berapa lama kita mampu menangisi rasa itu sendiri? Paling tidak mungkin satu hari suntuk. Entah. Aku tak pasti sebab pada aku sendiri paling lama mungkin dua atau tiga jam. Itupun cukup untuk rasa sakit kepala dan pening akibat menangis.

Lumrah. Wanita ini emosinya cukup tinggi. Sedih, menangis. Gembira pun menangis (terharu). Kerana emosi itu jugalah wanita melahirkan rasa kasih sayang pada anak-anak dan suami. Aku pun ada masalah terlebih emosi. Sensitif tak semena. Tapi luaran control ala-ala hati kering.

Agak lama aku tidak menulis. Alasannya sebab emosi juga. Aku tak nak kalian tersentak dan bosan tanpa input dalam penulisan aku yang beremosi. 

"Ada orang menggunakan emosi dan ada orang menggunakan akal yang rasional untuk membawa kita kepada Allah"

Emosi ini sifatnya menyentuh. Emosi yang positif, tak mustahil dalam kata-katanya, dalam perilakunya (akhlak), dan dalam ilmunya membawa kita kepada Allah.

Aku tak berani nak share lebih-lebih tentang emosi, sebab aku bukan orang yang layak.. Selagi kita boleh berfikir dengan akal yang rasional, timbang-timbanglah dahulu sebelum bertindak dengan emosi. Menyesal kemudian hari, bahana buat diri.

Nak menangis, sikit-sikit sudah la. Menangis lama-lama tak mampu selesaikan masalah apapun. Cukuplah untuk melepaskan rasa yang terpendam. Part emosi marah memang aku susah nak handle. Sekali marah boleh runtuh bangunan. Tapi style aku mudah sejuk. Ibarat kita dengan adik-beradik. Bercekaulah, marahlah, lepas tu ok balik. Tak ambil hati sangat pun lepas tu.

Perihal yang melibatkan emosi cukup banyak. Tak kurang juga ada yang mengaku berjuang, tapi sebenarnya berjuang dengan mengikut nafsu dan emosi sahaja. Fikir-fikirlah. Apa jua yang kita rasai melalui emosi kita, jangan kita terlalai dari mengingati Allah.

Aku harap, perkongsian aku yang tak seberapa ni boleh redakan sikit hati yang tengah beremosi tu. Aku yakin, ada yang sedang bersedih, berduka, tengah mengamuk sakan dan macam-macam lagi karenah emosi. "Istighfar 10 kali." Itulah paksaan dari suami aku bila aku mulai emo.

Boleh klik sini, FB Ummu Asmaa untuk tarbiyah hati wanita. Nasihatnya menyentuh, dan seiring membawa kita menuju Allah.

Salam Sayang! 

.


Friday, June 20, 2014

Musibah Tanda Cinta



Aku pinjam kata-kata Sidi Us. Raja Ahmad Mukhlis dalam komen yang dilontarkan oleh beliau kepada seorang hamba Allah, 

"What they call a problem, we call them lessons of love"

Allah.
Aku selalu fikir dalam dunia ni aku je punya masalah. Kadang tu masalah orang lain pun aku turut serta. Tapi aku selalu lupa bahawa hidup aku saat ini adalah interaksi aku dengan Tuhan. Allah. Disaat ujian, aku tunduk hingga aku rebah, sedangkan saat mendongak aku lupa Pemberi niqmat. Allah. Semoga syukur yang ku sebut seiring redhanya Tuhan terhadapku.

Tuhan telah memberi cinta terlebih dahulu kepada kita disaat kita merasa mencintai Dia. Aku sedar, tapi aku tak mampu rasa. Bila ditimpa musibah baru nak tengadah mencari Tuhan. Allah. Lalainya aku.










Wednesday, June 18, 2014

Terbang Tunduk




Alhamdulillah.

Aku selalu berharap suatu masa kelak, Allah izinkan aku untuk menjadi seorang penulis. Pada aku, inilah jiwa aku, inilah kehidupan aku, dan inilah juga rasa aku. Cuma, apa yang harus aku lakukan adalah untuk jadi manusia yang jujur.

Aku tidak nafikan bahawa sebuah karya yang baik adakalanya memerlukan emosi yang mendalam oleh sang penulis. Tapi aku takut terlalu rakus dengan emosi. Sedangkan secara realitinya memang aku seorang yang mudah emosi dan sensitif. Itu juga adalah anugerah kerana penulisan juga memerlukan rasa, tapi bukan rasa emosi yang berlebihan.

Kerja makan gaji bukanlah pilihan aku kerana aku sendiri tidak suka suasana kerja yang dikongkong, disuruh mahupun diarah. Walaupun aku mudah akur dengan arahan, tapi hati aku juga mudah bentak. Keberadaan aku di Masjid Putra saat ini atas rasa peluang untuk menimba pengalaman dan menjana ekonomi keluarga. Aku yakin, Allah sedang menunjukkan sesuatu yang terhijab dek mata kasarku.

Seringkali aku berkata pada suami, aku ini bukan golongan professional dan tidak pandai berlagak seperti itu. Aku cuma orang kampung, jiwa aku seni. Mungkin suatu masa kelak aku bisa menggabungkan kedua-dua keadaan ini. Biarlah sekalipun aku terbang tinggi, aku masih lagi tunduk sebagai hamba.

Tuhan,
Jangan Kau izin aku lupa,
Jangan Kau biarkan aku mendepang dada,
Pasakkan hatiku pada kaki,
Paksakan ku tunduk hingga mati. -Fynn Jamal