Wednesday, June 18, 2014

Terbang Tunduk




Alhamdulillah.

Aku selalu berharap suatu masa kelak, Allah izinkan aku untuk menjadi seorang penulis. Pada aku, inilah jiwa aku, inilah kehidupan aku, dan inilah juga rasa aku. Cuma, apa yang harus aku lakukan adalah untuk jadi manusia yang jujur.

Aku tidak nafikan bahawa sebuah karya yang baik adakalanya memerlukan emosi yang mendalam oleh sang penulis. Tapi aku takut terlalu rakus dengan emosi. Sedangkan secara realitinya memang aku seorang yang mudah emosi dan sensitif. Itu juga adalah anugerah kerana penulisan juga memerlukan rasa, tapi bukan rasa emosi yang berlebihan.

Kerja makan gaji bukanlah pilihan aku kerana aku sendiri tidak suka suasana kerja yang dikongkong, disuruh mahupun diarah. Walaupun aku mudah akur dengan arahan, tapi hati aku juga mudah bentak. Keberadaan aku di Masjid Putra saat ini atas rasa peluang untuk menimba pengalaman dan menjana ekonomi keluarga. Aku yakin, Allah sedang menunjukkan sesuatu yang terhijab dek mata kasarku.

Seringkali aku berkata pada suami, aku ini bukan golongan professional dan tidak pandai berlagak seperti itu. Aku cuma orang kampung, jiwa aku seni. Mungkin suatu masa kelak aku bisa menggabungkan kedua-dua keadaan ini. Biarlah sekalipun aku terbang tinggi, aku masih lagi tunduk sebagai hamba.

Tuhan,
Jangan Kau izin aku lupa,
Jangan Kau biarkan aku mendepang dada,
Pasakkan hatiku pada kaki,
Paksakan ku tunduk hingga mati. -Fynn Jamal






No comments:

Post a Comment