Thursday, October 2, 2014

Mati




Walau tiada siapa peduli,
Aku akan pergi..
Aku akan hadapi..
Saat itu nanti..

Aku yang menghitung hari..
Aku yang menghitung masa..
Meski tidak tahu bila..
Mati yang pasti akan tiba..

Allah.. 
Allah..
Allah..

Wednesday, September 24, 2014

Penulis Amatur




Saat ini baru tersedar.. Bahawa hampir lima tahun berkecimpung dengan dunia penulisan blog.
Walaupun terlalu banyak skip masa menulis. Kadangkala dalam setahun hanya beberapa entry yang sempat ditulis. Kononnya sibuk dengan alam rumahtangga. Itu mungkin alasan dan cabaran seorang penulis. *senyum*

Alamat blog silih berganti hampir empat hingga lima buah blog saya pernah bangunkan. Akhirnya inilah blog yang telah memberi nafas baru buat diri ini. "Kembara Menuju Cinta" menceritakan tentang pengembaraan hidup seorang hamba Allah dalam menuju destinasi cinta yang hakiki. Dalam sesebuah pengembaraan, pasti ada kisah suka duka disebaliknya. Saya lebih gemar menulis pengalaman hidup saya atau melihat sisi hidup insan sekeliling saya lalu dicoretkan dalam bentuk puisi.

Pernah beberapa kali saya diminta oleh kenalan untuk membuat manuskrip untuk menghasilkan buku. Saya kira belum masanya. Saya lebih mengenali diri yang serba kekurangan. Saya belum cukup pandai untuk mengolah ayat dengan baik, dan sebab itu juga saya selesa menulis dalam rangkap seperti puisi. Walaubagaimana pun, menghasilkan buku yang baik dan bermanfaat adalah cita-cita saya. Saya hanyalah seorang penulis amatur. Punya minat, punya cinta dalam penulisan tapi kurang ilmu penulisan. Apapun, mungkin saya sudah boleh menyambut ulangtahun blogger amatur yang kelima. Alhamdulillah! 


Like the waves, I thought. I came and I go as I wished. One moment I was there, the next moment I was ready to leave without a reason. Thankfuly, I’m not talking about people or places, as people and places are somewhat interconnected, and when they have won a place in my heart, I would cherish them as long as they are worthy. I’m talking about my writing platform. I have always loved writing but there are times when I thought perhaps I shared a bit too much of my little world. It’s that season again when I have the dilemma. The same, old dilemma that I had in the past with my previous blogs; to keep or not to keep? It’s a question without an answer as for now. So the blog shall stay until it is decided. But when I think of it, I then came to evaluate my very own purpose of writing. I write not because I’m good at it but because I happen to love writing. I write to share to the world about my humble life experiences whenever it’s shining. So that when someone came across a post, they can smile and think that everything’s going to be alright! And to remind someone who’s in despair, that life is beautiful and it’s up to how we choose to perceive it. To share the beauty of everything when they are seen through the lens of faith. “I come and I go as I wished” … so until I firmly sure that I want to ‘leave’… I shall wait. And I shall stay. -Nurra Ahmad


Monday, September 22, 2014

Taqdir Itu


Taqdir itu
Mencelikkan aku yang buta
Mendekatkan aku yang jauh
Memaksa aku untuk mengingat
Tuhan...
Allah...

Tiada kudrat dan upayaku
Meminta agar diubah taqdir,
Hanya mampu menjalani,
Dan berharap diringankan saat menghadapi.







Friday, September 19, 2014

Kenyataan Hati


Aku si gila-gila,
Aku si ketawa meriah,
Aku si peramah,
Tapi aku juga cengeng.
Penyedih.
Sorok muka dalam bantal,
Lepaskan tangisan dalam-dalam.

'Syukur'.. Lupakah aku?
Allah sudah beri pada aku walau satu,
Lihatlah pada orang lain yang tiada meskipun satu,
Maka, syukurlah.
Jiwa akan tenang.

Datanglah pula racau 'mulut-mulut' api,
Menyentak sakit hati.
Kalau itu penyebab kau bersedih,
Maka, kau gantikanlah dengan senyuman

Selama kau pelajari tentang taqdir,
Selama itu kau takkan bersedih.
Andai Dia berkehendak memberi sesuatu,
Berpadalah atas kemampuan kau,
Itulah masanya,
Ia akan tiba.

Sudah! Sisihkan air mata itu.
Persilakan tangisan untuk taubat pada Tuhan.







Sunday, September 14, 2014

#Puisi Putih Hitam

Walau kau si hitam
Dan aku si putih
Kita punya jiwa tak berbeza

Putih aku bukan bermakna;
Suci selamanya
Bersih selamanya

Hitam kau pula;
Bukan kekotoran yang keji
Bukan tidak dicuci

Aku diajar berbaik sangka
Walau maksiat itu kelihatan nyata
Hidup kau selayaknya kau tahu
Dan Tuhan lebih tahu
Mengapa takdir itu begitu

Sentiasa aku yakin
Hitam akan kembali putih
Dan putih meneruskan delegasi putih

Cuma putih,
Jangankan rasa mulia
Sedangkan dalam terhina.



Tuesday, September 9, 2014

Aku Juga Manusia


Ku termenung seorang diri,
Ku menangis di sebalik sepi,
Ku mencari cebisan memori,
Yang ku namakan misteri.

Ku tertawa mendengarnya,
Ku mengerti aku siapa,
Ku tak peduli sebenarnya,
Apa yang kau ada.

Jangan kau menilai dari rupa,
Kerna semuanya milik Dia,
Hati ini akan ku jaga,
Kerna ku hanya manusia biasa.

-Aku Juga Manusia, Amir Jahari-

Aku bukan 'penggila' muzik, aku cuma 'penggila' karya seni.
Kalau ada lagu cinta, aku tujukan cinta itu pada Dia.
Pengertian rasa kita berbeza.
Adakala kata-kata itu kebetulan 'terkena' pada kita.
Cuma kita tak tahu bagaimana nak diluahkan.
Nah! Sudah ada yang menulis mengenainya.
Maka, senyumlah sendirian dalam hati.

Tak cantik tak mengapa,
Tenang tak dipandang sesiapa.
Tapi sayang, kita ini lebih suka sentiasa dipandang dan diperhatikan...

Dengan rupa kita cari kekayaan,
Dengan rupa kita cari kemegahan,
Dengan rupa kita cari kebahagiaan..
Konon..

Sedang kita lupa, rupa itu ujian,
Sedang kita lupa, rupa itu dari Tuhan.
Sedang kita lupa, rupa itu untuk disyukuri,
Sedang kita lupa, yang mencantikkan kita itu Allah yang Maha Sempurna.

Jangan menilai dari rupa~



Thursday, July 24, 2014

Coretan Ramadhan




Salam Ramadhan Kareem..

Catatan 26 Ramadhan 1435H.

Aku harap masih ada Ramadhan tahun hadapan dan tahun-tahun seterusnya untuk aku. Ramadhan kali ini aku berada di tempat baru. Kehidupan yang agak berbeza dari dua tiga tahun kebelakangan ini. Aku bersyukur dan senyum seadanya. Alhamdulillah.

Sebelum nikah dulu, aku malas sahur. Tak pernah masak untuk sahur. Sayang sangat nak bangun tidur. Padahal everything mak dah sediakan. Di kampus, minum air kosong sahaja. Usai nikah, segalanya berubah secara total. Dulu aku kurang kefahaman tentang hikmah bersahur.

Ramadhan pada tahun pertama nikah, tak masak. Jujur aku tak larat semasa mengandungkan Ainul Mardhiah. Tahun kedua dan tahun ketiga, alhamdulillah gigih juga memasak dengan ipar dan biras. Dan Ramadhan kali ini, alhamdulillah tahun keempat meraikan bersama suami. Aku sedaya upaya memasak untuk beliau. Tak sangka bahawa Ramadhan kali ini aku begitu cerewet. Lauk sahur kena yang baru, bukan yang diperhangat! Nasib baik menu berbuka aku tak kisah sangat. Makan apa yang ada. Sekali sekala saja layankan keinginan.

Menu sahur kami simple. Telur kicap separuh masak. Adik-adik ipar aku pun dah naik ketagih menu ni. Asal aku balik rumah mertua, mesti ada yang request. Itu lauk kegemaran suami aku. Dulu masa mama dia masih ada, memang kegemaran mereka adik beradik. Lama juga aku belajar masak lauk ni, simple tapi kena cepat dan tangkas. Kena pandai main api. Kadang tak jadi separuh masak, reject! Aku pun dah tak lalu nak makan lauk ni, tapi bagi suami aku, telur kicap separuh masak itu dah cukup sempurna. Tak perlu ada tambahan lauk lagi.

Senyum. :)

Pabila akhir-akhir Ramadhan ini, masing-masing sudah berbicara soal Aidilfitri. Apa yang sewajarnya ialah semakin Ramadhan meninggalkan kita, semakin laju pecutan kita dengan amal ibadah dan kebaikan sebanyak-banyaknya. Aku juga antara yang terlalai. Allah. 

Aku cuba untuk jadi manusia yang jujur. Tapi jujur itu juga suatu perihal yang sangat berat. Kita mungkin mampu berkata apapun, tapi mampukah kita melunaskan apa yang diperkatakan tersebut? Wallahua'lam. 
Berilah kebaikan selagi kita mampu dengan sebanyak-banyaknya, sebab kita tak tahu kebaikan yang mana Allah akan terima. Ini medium aku. Aku cuba, dengan penulisan. Tak banyak, sikit pun aku cuba.

Apa yang aku kongsikan di sini, kebanyakkan-nya adalah perihal aku. Aku bukan yang terbaik, aku cuma insan biasa yang menyusuri denai kehidupan ini dalam menuju kepada Allah. Kalau aku salah, tegurlah. Tegurlah dengan cara yang kalian suka ditegur.

Salam Sayang,
Nur Laila.








Thursday, July 3, 2014

Aku dan Menulis?


Assalamualaikum wrh wbt.

"Kau menulis, ada ke orang nak baca?" Persoalan hati yang sengaja aku ada-adakan.
Lalu hati juga menjawab. "Sudah tentulah ada. Tak usah kau tanya lagi, aku sedia menjawab. Dialah suamiku!"

Haha. Tergelak dalam hati.

Aku percaya, dia selalu membaca penulisan aku. Sejak dari dahulu sebelum kami menikah, hingga saat ini. Dia jugalah yang banyak menegur hasil-hasil penulisan aku yang merapu. Walaupun kadangkala penulisan itu diiktiraf oleh sahabat-sahabat sebagai bahan bacaan yang menyeronokkan. Tapi kalau terlebih emosi, ia sangat tidak wajar untuk dikongsikan.

InsyaAllah, aku akan menulis walaupun statistik pengunjung tak memberansangkan. Dalam berdakwah sekalipun, kita yang kena sentiasa mendatangi orang untuk tujuan berdakwah. Tak perlu ada rasa kecewa kalau dakwah yang disampaikan itu seperti tak ada kesan kepada orang lain, sebab Allah yang mengurniakan hidayah kepada sesiapapun yang Dia kehendaki. Tak salah juga kita perbaiki diri bilamana kita merasakan bahawa pendekatan yang digunakan kurang sesuai.

Penulisan bukan dunia glamor. Tapi ada juga yang glamor hasil dari penulisan. Cuma aku tak harap glamor, aku harap hidup aku ada nilai. Ada manfaat walau sedikit yang dapat aku kongsikan. Aku tekadkan bulat-bulat dalam hati, suatu hari nanti aku bisa menghasilkan minima sebuah buku yang bermanfaat untuk tatapan para anak cucuku kelak.

Tak mustahil. InsyaAllah. Banyak sudah peruntukkan bahan bacaan yang dilaburkan. Hendak atau tidak sahaja untuk dimanfaatkan. InsyaAllah, semua bahan bacaan itu adalah pelaburan dunia dan akhirat. Jangan pernah merasa rugi dengan duit yang kita keluarkan untuk secebis ilmu. Yakinlah, Allah sentiasa melimpahkan niqmat dan rezeki-Nya sekalipun kita tak punya wang.

Aku juga harap, apa sahaja ilmu yang ada pada suami ditransfer kepada aku dan diolah dalam bentuk penulisan. Bukan sedikit ilmu-ilmu yang dikongsikan suami atau hasil daripada majlis ilmu, cuma ianya sangat lambat diproses dan lambat untuk meresap dalam jiwa kerana kurang fokus. Sejujurnya tak mampu nak fokus sebab melayani anak kecil yang agak aktif.

'Ah! Alasan kau saja.' 

Aku menulis dengan sepenuh jiwa. Kalau jiwa tak ada, tak rasa, tak faham, entah macam mana untuk disampaikan. Mungkin disebabkan aku yang agak gila-gila, aku selesa memilih gaya penulisan yang mudah hadam dan lebih dekat dengan pembaca. Kalau aku tulis bulat-bulat apa yang buku tulis, lebih baik aku hadiahkan je kalian buku tersebut. Haha.

Salam Sayang!




Wednesday, June 25, 2014

Oh Emosi..


Setiap kali kita dirundung duka, mahupun kesedihan yang amat sangat, berapa lama kita mampu menangisi rasa itu sendiri? Paling tidak mungkin satu hari suntuk. Entah. Aku tak pasti sebab pada aku sendiri paling lama mungkin dua atau tiga jam. Itupun cukup untuk rasa sakit kepala dan pening akibat menangis.

Lumrah. Wanita ini emosinya cukup tinggi. Sedih, menangis. Gembira pun menangis (terharu). Kerana emosi itu jugalah wanita melahirkan rasa kasih sayang pada anak-anak dan suami. Aku pun ada masalah terlebih emosi. Sensitif tak semena. Tapi luaran control ala-ala hati kering.

Agak lama aku tidak menulis. Alasannya sebab emosi juga. Aku tak nak kalian tersentak dan bosan tanpa input dalam penulisan aku yang beremosi. 

"Ada orang menggunakan emosi dan ada orang menggunakan akal yang rasional untuk membawa kita kepada Allah"

Emosi ini sifatnya menyentuh. Emosi yang positif, tak mustahil dalam kata-katanya, dalam perilakunya (akhlak), dan dalam ilmunya membawa kita kepada Allah.

Aku tak berani nak share lebih-lebih tentang emosi, sebab aku bukan orang yang layak.. Selagi kita boleh berfikir dengan akal yang rasional, timbang-timbanglah dahulu sebelum bertindak dengan emosi. Menyesal kemudian hari, bahana buat diri.

Nak menangis, sikit-sikit sudah la. Menangis lama-lama tak mampu selesaikan masalah apapun. Cukuplah untuk melepaskan rasa yang terpendam. Part emosi marah memang aku susah nak handle. Sekali marah boleh runtuh bangunan. Tapi style aku mudah sejuk. Ibarat kita dengan adik-beradik. Bercekaulah, marahlah, lepas tu ok balik. Tak ambil hati sangat pun lepas tu.

Perihal yang melibatkan emosi cukup banyak. Tak kurang juga ada yang mengaku berjuang, tapi sebenarnya berjuang dengan mengikut nafsu dan emosi sahaja. Fikir-fikirlah. Apa jua yang kita rasai melalui emosi kita, jangan kita terlalai dari mengingati Allah.

Aku harap, perkongsian aku yang tak seberapa ni boleh redakan sikit hati yang tengah beremosi tu. Aku yakin, ada yang sedang bersedih, berduka, tengah mengamuk sakan dan macam-macam lagi karenah emosi. "Istighfar 10 kali." Itulah paksaan dari suami aku bila aku mulai emo.

Boleh klik sini, FB Ummu Asmaa untuk tarbiyah hati wanita. Nasihatnya menyentuh, dan seiring membawa kita menuju Allah.

Salam Sayang! 

.


Friday, June 20, 2014

Musibah Tanda Cinta



Aku pinjam kata-kata Sidi Us. Raja Ahmad Mukhlis dalam komen yang dilontarkan oleh beliau kepada seorang hamba Allah, 

"What they call a problem, we call them lessons of love"

Allah.
Aku selalu fikir dalam dunia ni aku je punya masalah. Kadang tu masalah orang lain pun aku turut serta. Tapi aku selalu lupa bahawa hidup aku saat ini adalah interaksi aku dengan Tuhan. Allah. Disaat ujian, aku tunduk hingga aku rebah, sedangkan saat mendongak aku lupa Pemberi niqmat. Allah. Semoga syukur yang ku sebut seiring redhanya Tuhan terhadapku.

Tuhan telah memberi cinta terlebih dahulu kepada kita disaat kita merasa mencintai Dia. Aku sedar, tapi aku tak mampu rasa. Bila ditimpa musibah baru nak tengadah mencari Tuhan. Allah. Lalainya aku.










Wednesday, June 18, 2014

Terbang Tunduk




Alhamdulillah.

Aku selalu berharap suatu masa kelak, Allah izinkan aku untuk menjadi seorang penulis. Pada aku, inilah jiwa aku, inilah kehidupan aku, dan inilah juga rasa aku. Cuma, apa yang harus aku lakukan adalah untuk jadi manusia yang jujur.

Aku tidak nafikan bahawa sebuah karya yang baik adakalanya memerlukan emosi yang mendalam oleh sang penulis. Tapi aku takut terlalu rakus dengan emosi. Sedangkan secara realitinya memang aku seorang yang mudah emosi dan sensitif. Itu juga adalah anugerah kerana penulisan juga memerlukan rasa, tapi bukan rasa emosi yang berlebihan.

Kerja makan gaji bukanlah pilihan aku kerana aku sendiri tidak suka suasana kerja yang dikongkong, disuruh mahupun diarah. Walaupun aku mudah akur dengan arahan, tapi hati aku juga mudah bentak. Keberadaan aku di Masjid Putra saat ini atas rasa peluang untuk menimba pengalaman dan menjana ekonomi keluarga. Aku yakin, Allah sedang menunjukkan sesuatu yang terhijab dek mata kasarku.

Seringkali aku berkata pada suami, aku ini bukan golongan professional dan tidak pandai berlagak seperti itu. Aku cuma orang kampung, jiwa aku seni. Mungkin suatu masa kelak aku bisa menggabungkan kedua-dua keadaan ini. Biarlah sekalipun aku terbang tinggi, aku masih lagi tunduk sebagai hamba.

Tuhan,
Jangan Kau izin aku lupa,
Jangan Kau biarkan aku mendepang dada,
Pasakkan hatiku pada kaki,
Paksakan ku tunduk hingga mati. -Fynn Jamal






Friday, May 2, 2014

Makna Sebuah Kehidupan




" Hidup tanpa tujuan adalah suatu kepalsuan. Jiwa manusia akan dihimpit rasa kekosongan tanpa mengetahui apa yang sebenarnya ingin dicari dalam perjalanan kehidupan ini. Sedangkan, kematian bukanlah penghujung perjalanan kerana kematian tidak menamatkan jiwa kehidupan.. Maka, sesiapa yang inginkan kehidupan yang sejahtera setelah kematian, hendaklah dia menunaikan tugas kehambaan selagi masih dianugerahi usia kehidupan"- Ustaz Raja Ahmad Mukhlis