Wednesday, June 25, 2014

Oh Emosi..


Setiap kali kita dirundung duka, mahupun kesedihan yang amat sangat, berapa lama kita mampu menangisi rasa itu sendiri? Paling tidak mungkin satu hari suntuk. Entah. Aku tak pasti sebab pada aku sendiri paling lama mungkin dua atau tiga jam. Itupun cukup untuk rasa sakit kepala dan pening akibat menangis.

Lumrah. Wanita ini emosinya cukup tinggi. Sedih, menangis. Gembira pun menangis (terharu). Kerana emosi itu jugalah wanita melahirkan rasa kasih sayang pada anak-anak dan suami. Aku pun ada masalah terlebih emosi. Sensitif tak semena. Tapi luaran control ala-ala hati kering.

Agak lama aku tidak menulis. Alasannya sebab emosi juga. Aku tak nak kalian tersentak dan bosan tanpa input dalam penulisan aku yang beremosi. 

"Ada orang menggunakan emosi dan ada orang menggunakan akal yang rasional untuk membawa kita kepada Allah"

Emosi ini sifatnya menyentuh. Emosi yang positif, tak mustahil dalam kata-katanya, dalam perilakunya (akhlak), dan dalam ilmunya membawa kita kepada Allah.

Aku tak berani nak share lebih-lebih tentang emosi, sebab aku bukan orang yang layak.. Selagi kita boleh berfikir dengan akal yang rasional, timbang-timbanglah dahulu sebelum bertindak dengan emosi. Menyesal kemudian hari, bahana buat diri.

Nak menangis, sikit-sikit sudah la. Menangis lama-lama tak mampu selesaikan masalah apapun. Cukuplah untuk melepaskan rasa yang terpendam. Part emosi marah memang aku susah nak handle. Sekali marah boleh runtuh bangunan. Tapi style aku mudah sejuk. Ibarat kita dengan adik-beradik. Bercekaulah, marahlah, lepas tu ok balik. Tak ambil hati sangat pun lepas tu.

Perihal yang melibatkan emosi cukup banyak. Tak kurang juga ada yang mengaku berjuang, tapi sebenarnya berjuang dengan mengikut nafsu dan emosi sahaja. Fikir-fikirlah. Apa jua yang kita rasai melalui emosi kita, jangan kita terlalai dari mengingati Allah.

Aku harap, perkongsian aku yang tak seberapa ni boleh redakan sikit hati yang tengah beremosi tu. Aku yakin, ada yang sedang bersedih, berduka, tengah mengamuk sakan dan macam-macam lagi karenah emosi. "Istighfar 10 kali." Itulah paksaan dari suami aku bila aku mulai emo.

Boleh klik sini, FB Ummu Asmaa untuk tarbiyah hati wanita. Nasihatnya menyentuh, dan seiring membawa kita menuju Allah.

Salam Sayang! 

.


No comments:

Post a Comment